Henkel Adhesives – Pernyataan Perlindungan Data
1 Umum
Pernyataan Perlindungan Data ini bertujuan untuk memaklumkan anda mengenai jenis data yang dikumpulkan serta bagaimana data tersebut digunakan. Anda juga akan mengetahui bagaimana untuk melaksanakan hak-hak subjek data anda. Pernyataan Perlindungan Data ini terpakai untuk laman web / aplikasi ini (selepas ini secara seragam dirujuk sebagai “laman web”) dan laman-laman web lain di dalam bidang Henkel Adhesive Technologies.
Sebarang perubahan terhadap Pernyataan Perlindungan Data ini akan diterbitkan di laman web ini. Ini membolehkan anda mendapatkan maklumat pada bila-bila masa mengenai data yang kami kumpulkan dan bagaimana kami menggunakan data tersebut.
Pernyataan Perlindungan Data ini tidak terpakai untuk laman-laman web yang boleh diakses melalui hiperpautan di laman web ini.
2 Pengawal yang bertanggungjawab terhadap pemprosesan data / Butiran Hubungan
Henkel (Malaysia) Sdn. Bhd.
Unit 2.01, 2.02, Level 2, Mercu 3, Jalan Bangsar, KL Eco City, 59200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia
bersama
Henkel AG & Co. KGaA, Henkelstrasse 67, 40589 Duesseldorf, Germany
sebagai pegawai bersama menurut Art. 26 GDPR, selepas ini secara bersama dirujuk sebagai “Henkel” or “kami”
Anda boleh melaksanakan hak-hak subjek data anda terhadap kami serta terhadap semua pengawal bersama yang lain. Kami dan pengawal bersama yang bertanggungjawab bersama dengan kami akan segera memaklumkan antara satu sama lain mengenai sebarang hak yang dilaksanakan oleh subjek data. Kami akan menyediakan semua maklumat yang diperlukan antara satu sama lain untuk membalas permintaan maklumat tersebut.
Henkel AG & Co. KGaA akan menyediakan maklumat yang diperlukan oleh subjek data seperti yang diperlukan di bawah Art. 13 dan 14 GDPR. Dalam proses ini, pengawal bersama yang lain akan menyediakan kami semua maklumat yang diperlukan daripada skop operasi mereka.
Untuk menegaskan sebarang hak subjek data, penarikan persetujuan atau sebarang pertanyaan perlindungan data umum, anda boleh menghubungi kami di Henkel (Malaysia) Sdn. Bhd., „Data Protection“,Unit 2.01, 2.02, Level 2, Mercu 3, Jalan Bangsar, KL Eco City, 59200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia di emel: kenny.yong@henkel.com
3 Pengumpulan, Penggunaan dan Pemprosesan Data Peribadi
3.1 Penggunaan Umum Laman Web
Henkel menggunakan data peribadi untuk menyediakan laman web ini (termasuk perkhidmatan yang terkandung di dalamnya) kepada pengguna. Sebarang pemprosesan lanjut data hanya berlaku berdasarkan obligasi atau persetujuan berkanun lain atau jika pengguna yang berkenaan telah memberikan persetujuan kepada Henkel.
Apabila pengguna melawati laman web, Henkel secara automatik mengumpul dan menyimpan data tertentu. Ini termasuk: alamat IP atau ID peranti yang diperuntukkan kepada peranti akhir yang berkenaan yang kami perlukan untuk menghantar kandungan yang diminta (khususnya teks, imej, dan maklumat produk serta fail elektronik yang disediakan untuk dimuat turun, dan sebagainya), aktiviti pengguna dalam konteks laman web tersebut, jenis peranti akhir yang digunakan, pelayar yang digunakan serta tarikh dan masa penggunaan.
Henkel menyimpan maklumat ini untuk tempoh maksimum 7 hari bagi maksud mengenal pasti dan mengambil tindakan terhadap penyalahgunaan.
Henkel juga menggunakan maklumat ini untuk penambahbaikan dalam persembahan, ciri-ciri dan fungsi perkhidmatan serta bagi tugas-tugas pentadbiran umum.
Selain itu, Henkel akan memadam atau merahsiakan data atas penggunaan, termasuk alamat IP, tanpa kelewatan yang tidak wajar sebaik sahaja data tersebut tidak lagi diperlukan untuk maksud-maksud yang dinyatakan di atas.
Pemprosesan dan penggunaan data anda tersebut adalah sah kerana (1) pemprosesan adalah perlu untuk penyediaan laman web menurut Art. 6 para. 1 lit. b GDPR; atau (2) Henkel mempunyai kepentingan sah yang mengatasi dalam memastikan serta menambah baik kefungsian serta operasi laman web yang bebas ralat dan selamat, dan memastikan laman web tersebut disesuaikan dengan keperluan pengguna menurut Art. 6 para. 1 lit. f GDPR.
3.2 Pembekal Perkhidmatan / Pemindahan Data Antarabangsa
Bagi menyediakan laman web dan perkhidmatan yang terkandung di dalamnya, Henkel mungkin melantik pembekal perkhidmatan (contohnya bagi hos laman web Henkel, pengkomputeraan dan pengurusan pangkalan data, penjejakan dan sebagainya) yang munkin turut memproses data peribadi anda apabila anda menggunakan laman web kami.
Kebanyakan pembekal perkhidmatan ini terikat secara kontrak untuk hanya memproses data peribadi tersebut bagi pihak Henkel dan terletak sama ada: (i) di dalam EU/EEA, (ii) di negara-negara yang telah diiktiraf secara rasmi oleh EU Commission sebagai mempunyai tahap perlindungan data yang mencukupi, termasuk U.S. setakat mana penerima data mengambil bahagian dalam EU-U.S. Data Privacy Framework.
Dimana ini bukan situasinya, atau jika pembekal perkhidmatan tersebut melantik subkontraktor, data peribadi anda berkemungkinan dipindahkan ke negara ketiga (iaitu negara-negara di luar EU/EEA tanpa tahap perlindungan data yang mencukupi).
Namun begitu, semua pembekal perkhidmatan kami diwajibkan untuk hanya memproses atau memindahkan sebarang data peribadi anda ke negara ketiga sekiranya keperluan tambahan bagi pemindahan data antarabangsa seperti yang diperuntukkan di bawah Art. 44 et. seqq. GDPR dipatuhi, khususnya melalui pemeteraian EU Standard Contractual Clauses dan, jika perlu, pelaksanaan langkah-langkah tambahan bagi mewujudkan tahap perlindungan data yang mencukupi. EU Standard Contractual Clauses merupakan kontrak model yang disediakan oleh EU Commission yang – jika diperlukan – bersama dengan langkah-langkah tambahan, bertujuan untuk memastikan bahawa data peribadi anda diproses selaras dengan piawaian perlindungan data Eropah walaupun pemprosesan berlaku di luar EU/EEA.
3.3 Akaun Pengguna
Anda boleh memberikan alamat emel anda dan memilih kata laluan untuk mencipta akaun bagi laman web kami, contohnya, semasa menggunakan borang hubungan (sebagai ciri pilihan) atau melalui halaman penciptaan akaun.
Penciptaan akaun pengguna dan pemprosesan data peribadi yang berkaitan adalah diperlukan bagi membolehkan anda menggunakan beberapa fungsi yang ditawarkan pada laman web kami. Namun begitu, hanya melawati atau melayari laman web tidak memerlukan akaun pengguna.
Sekiranya anda memberikan maklumat tambahan semasa menggunakan laman web kami dan fungsi yang terkandung di dalamnya (semasa log masuk), maklumat tersebut akan dikaitkan dengan akaun pengguna anda dan disimpan selepas sesuatu interaksi (contohnya pembelian). Sebagai alternatif, anda juga boleh memasukkan maklumat tambahan tersebut ke dalam akaun anda secara sendiri. Maklumat tersebut mungkin merangkumi nama anda, jawatan, nombor telefon, tarikh lahir, pilihan produk, maklumat mengenai syarikat anda (sektor/industri, saiz, peranan anda dalam syarikat dan sebagainya), maklumat pembayaran serta alamat bil dan penghantaran. Kami juga akan menyimpan maklumat mengenai pembelian anda dan memberikan anda gambaran keseluruhan tentang pesanan semasa dan sejarah pesanan dalam akaun pengguna anda (selepas ini dirujuk sebagai “Data Akaun”).
Kami memproses Data Akaun anda untuk memudahkan dan melindungi penggunaan anda mengenai laman web kami serta memberikan gambaran menyeluruh yang berkaitan dengan Data Akaun anda. Selepas pendaftaran awal akaun pengguna anda, kami akan selanjutnya menggunakan alamat emel yang anda berikan untuk menghantar emel pengesahan yang berkaitan. Anda boleh menetapkan semula dan/atau menukar kata laluan anda pada bila-bila masa.
Kami memproses dan menggunakan Data Akaun anda bagi maksud / kepentingan sah untuk menyediakan fungsi ini atas permintaan anda berdasarkan Art. 6 para. 1 lit. b atau lit. f GDPR atau menurut persetujuan anda (Art. 6 para. 1 lit. a GDPR).
Merentasi semua akaun pengguna, kami juga selanjutnya memproses maklumat yang terkandung di dalamnya untuk maksud penyelidikan pasaran dan analisis statistik lain, contohnya bagi mendapatkan pemahaman lebih lanjut mengenai demografi pelanggan kami, walau bagaimanapun, tanpa menganalisis akaun pengguna secara individu atau mengaitkan sebarang pemahaman kepada pengguna secara individu sekiranya mereka tidak memberikan persetujuan masing-masing untuk sebarang pemprosesan Data Akauan mereka (lihat di bawah).
Pemprosesan dan penggunaan Data Akaun anda tersebut adalah sah menurut Art. 6 para. 1 lit. f GDPR kerana kami mempunyai kepentingan sah yang mengatasi untuk mengoptimumkan usaha pemasaran dan jualan kami berdasarkan analisis dan pemahaman tersebut.
Kami menyimpan Data Akaun anda sehingga anda memadam akaun tersebut melalui fungsi yang berkenaan dalam halaman profil akaun anda atau selama mana yang diperlukan sekiranya terdapat sebarang obligasi penyimpanan berkanun yang terpakai. Kebanyakan Data Akaun boleh dipadam atau diubah suai oleh anda pada bila-bila masa.
Akaun anda juga akan membolehkan anda menetapkan keutamaan mengenai sama ada dan jenis komunikasi pemasaran yang anda ingin terima daripada kami, dan dengan berbuat demikian memberikan persetujuan anda menurut Art. 6 para. 1 lit. f GDPR terhadap sebarang komunikasi pemasaran tersebut dan pemprosesan data peribadi anda yang berkaitan. Maksud-maksu dan skop sebarang pemprosesan data tersebut dinyatakan dalam borang persetujuan yang berkaitan serta bahagian yang berkaitan dalam pernyataan perlindungan data ini.
Sekiranya anda memberikan sebarang persetujuan tersebut kepada kami, kami akan memproses Data Akaun anda untuk maksud-maksud dan sejauh mana yang dinyatakan dalam borang persetujuan serta bahagian yang berkaitan dalam pernyataan perlindungan data ini. Pemprosesan Data Akaun anda tersebut adalah berdasarkan persetujuan anda terhadap pemprosesan tersebut.
Anda boleh menarik balik persetujuan anda pada bila-bila masa dengan menyahpilih kotak semak yang berkaitan dalam keutamaan komunikasi akaun anda. Penarikan balik persetujuan tidak akan menjejaskan kesahan pemprosesan berdasarkan persetujuan sebelum penarikan tersebut.
3.4 Pertanyaan Pelanggan
Anda boleh memberikan data hubungan anda, seperti alamat emel dan nombor telefon, serta maklumat mengenai syarikat anda melalui borang hubungan, emel, panggilan telefon atau lain-lain kaedah bersama dengan pertanyaan anda. Ini boleh berlaku, sebagai contoh, berkaitan dengan pengesahan harga, permintaan dokumen atau pertanyaan lain berkaitan transaksi. Kami akan menggunakan data anda untuk maksud membalas pertanyaan anda.
Data peribadi anda diproses bagi maksud / kepentingan sah untuk memproses permintaan anda berdasarkan Art. 6 para. 1 lit. b or lit. f GDPR.
Jika berkenaan, kami juga menawarkan anda kemungkinan untuk mengarahkan pertanyaan anda kepada salah satu peruncit kami melalui laman web kami. Dalam kes ini, kami akan memajukan pertanyaan anda dan data anda yang disebut di atas kepada peruncit tersebut supaya mereka dapat menguruskan pertanyaan anda. Pemprosesan data anda untuk maksud / kepentingan sah ini adalah berdasarkan Art. 6 para. 1 lit. b atau lit. f GDPR.
Dengan persetujuan anda, kami akan merakam panggilan telefon dengan anda untuk maksud kawalan kualiti dan pembangunan kakitangan. Pemprosesan data anda dalam konteks ini adalah berdasarkan persetujuan anda menurut Art. 6 para. 1 lit. a GDPR.
Sekiranya anda tidak memberikan persetujuan untuk tempoh penyimpanan yang lebih lama, contohnya sebagai sebahagian daripada pengurusan hubungan pelanggan kami, kami akan menyimpan data tersebut tidak lebih lama daripada yang diperlukan untuk memenuhi maksud-maksud berkenaan yang dinyatakan di atas atau selama mana yang diperlukan sekiranya terdapat sebarang obligasi penyimpanan berkanun yang terpakai.
3.5 Sembang Langsung dan Chatbot
Anda boleh menggunakan fungsi untuk membuat pertanyaan melalui sembang langsung atau chatbot. Kami akan menggunakan data yang anda berikan sebelum menggunakan sembang (contohnya butiran hubungan) dan data yang anda masukkan dalam medan teks semasa menggunakan sembang tersebut untuk membalas pertanyaan anda. Perkara yang sama terpakai kepada data teknikal yang mesti diproses bagi menyediakan fungsi sembang, seperti alamat IP, maklumat mengenai pelayar yang digunakan dan peranti akhir yang digunakan. Sekiranya kami menyimpan pertanyaan secara dalaman bagi maksud-maksud penambahbaikan, kami akan merahsiakan data anda terlebih dahulu.
Data peribadi anda diproses bagi maksud/ kepentingan sah untuk menyediakan fungsi sembang dan menjawab pertanyaan anda berdasarkan Art. 6 para. 1 lit. b atau lit. f GDPR. Sebagai alternatif, anda mungkin telah memberikan persetujuan kepada pemprosesan data dalam konteks fungsi sembang. Dalam kes ini, kami akan memproses data peribadi anda berdasarkan persetujuan anda dan bagi maksud-maksud serta setakat yang dinyatakan dalam persetujuan tersebut.
Sekiranya anda tidak memberikan persetujuan untuk tempoh penyimpanan yang lebih lama, contohnya sebagai sebahagian daripada pengurusan hubungan pelanggan, kami hanya akan menyimpan data tersebut selama mana yang diperlukan untuk memenuhi maksud-maksud yang dinyatakan di atas atau selama mana yang perlu untuk memenuhi obligasi penyimpanan berkanun.
3.6 Cabutan Bertuah
Anda boleh memberikan data hubungan anda dan alamat anda semasa menyertai cabutan bertuah yang kami tawarkan dari semasa ke semasa di laman web kami. Kami akan menggunakan data anda untuk maksud pelaksanaan cabutan bertuah tersebut.
Data peribadi anda diproses bagi maksud / kepentingan sah untuk melaksanakan cabutan bertuah berdasarkan Art. 6 para. 1 lit. b atau lit. f GDPR.
Sekiranya anda tidak memberikan persetujuan untuk tempoh penyimpanan yang lebih lama, contohnya sebagai sebahagian daripada pengurusan hubungan pelanggan kami, kami akan menyimpan data tersebut tidak lebih lama daripada yang diperlukan untuk memenuhi maksud-maksud yang dinyatakan di atas atau selama mana yang diperlukan sekiranya terdapat sebarang obligasi penyimpanan berkanun yang terpakai.
3.7 Ujian Produk
Anda boleh memberikan data hubungan anda dan alamat anda semasa menyertai ujian produk. Kami akan menggunakan data hubungan anda serta sebarang maklumat lain yang anda berikan kepada kami sebagai sebahagian daripada ujian produk untuk maksud pelaksanaan ujian produk tersebut.
Data peribadi anda diproses bagi maksud / kepentingan sah untuk menjalankan ujian produk berdasarkan Art. 6 para. 1 lit. b atau lit. f GDPR.
Sekiranya anda tidak memberikan persetujuan untuk tempoh penyimpanan yang lebih lama, contohnya sebagai sebahagian daripada pengurusan hubungan pelanggan kami, kami akan menyimpan data tersebut tidak lebih lama daripada yang diperlukan untuk memenuhi maksud-maksud yang dinyatakan di atas atau selama mana yang diperlukan sekiranya terdapat sebarang obligasi penyimpanan berkanun yang terpakai.
3.8 Semakan Produk Tiruan
Anda boleh memberikan nama anda, Alamat anda dan data hubungan anda, contohnya alamat emel, serta maklumat produk seperti nama produk, nombor kelompok dan gambar produk, bagi maksud semakan produk tiruan. Kami akan menggunakan data anda untuk menjalankan semakan ke atas produk tiruan dan memaklumkan kepada anda keputusan semakan tersebut. Selain itu, kami mungkin menghubungi anda semula sekiranya semakan menunjukkan bahawa produk yang anda kemukakan merupakan produk tiruan untuk maksud siasatan lanjut.
Pemprosesan dan penggunaan data anda adalah sah kerana kami mempunyai kepentingan sah yang mengatasi menurut Art. 6 para. 1 lit. f GDPR bagi menjalankan semakan produk tiruan termasuk siasatan lanjut.
Sekiranya anda tidak memberikan persetujuan untuk tempoh penyimpanan yang lebih lama, contohnya sebagai sebahagian daripada pengurusan hubungan pelanggan kami, kami akan menyimpan data tersebut tidak lebih lama daripada yang diperlukan untuk memenuhi maksud-maksud yang dinyatakan di atas atau selama mana yang diperlukan sekiranya terdapat sebarang obligasi penyimpanan berkanun yang terpakai.
3.9 Di Mana Untuk Membeli
Sekiranya anda mengklik fungsi “Cari pengedar” di laman web, satu senarai e-peruncit akan dipaparkan kepada anda di mana anda boleh membeli produk yang berkaitan seperti yang dipaparkan di laman web kami. Bagi menyediakan perkhidmatan tersebut kepada anda, data anda seperti alamat IP dan produk yang anda minati, akan dipindahkan kepada pembekal perkhidmatan ini, iaitu NeuIntel, LLC, 20 Pacifica, Suite 1000, Irvine, CA 92618. Sekiranya anda memilih untuk mengikuti tawaran yang dipaparkan dengan mengklik “Beli Sekarang”, anda akan diarahkan ke laman web e-penruncit yang berkaitan. Pengalihan dan penghalaan semula ini adalah dikendalikan oleh NeuIntel, LLC.
Data peribadi anda diproses bagi maksud / kepentingan sah untuk menyediakan perkhidmatan ini berdasarkan Art. 6 para. 1 lit. f GDPR.
Sekiranya anda tidak memberikan persetujuan untuk tempoh penyimpanan yang lebih lama, contohnya sebagai sebahagian daripada pengurusan hubungan pelanggan kami, kami akan menyimpan data tersebut tidak lebih lama daripada yang diperlukan untuk memenuhi maksud-maksud yang dinyatakan di atas atau selama mana yang diperlukan sekiranya terdapat sebarang obligasi penyimpanan berkanun yang terpakai.
3.10 Webinar
Anda boleh memberikan data hubungan anda, contohnya alamat emel anda sebelum atau semasa menyertai webinar. Kami akan menggunakan data anda untuk maksud menyediakan webinar tersebut. Webinar akan dijalankan melalui MS Teams atau perkhidmatan lain yang serupa dan memerlukan pemprosesan lanjut ke atas data peribadi anda.
Data anda mungkin dikongsi dengan syarikat-syarikat berkaitan Henkel atau pengedar-pengedar yang bertanggungjawab untuk rantau dan kategori produk yang berkenaan, sama ada kerana syarikat-syarikat berkatan atau pengedar-pengedar tersebut menjalankan webinar atau bagi memudahkan hubungan jualan yang terhasil daripada webinar.
Data peribadi anda diproses bagi maksud / kepentingan sah untuk menyediakan webinar kepada anda dan bagi maksud / kepentingan sah untuk menggunakan maklumat tentang penyertaan anda dalam webinar untuk maksud jualan, khususnya untuk memaklumkan anda mengenai produk yang mungkin menarik minat anda, dalam setiap kes berdasarkan Art. 6 para. 1 lit. b atau lit. f GDPR.
Sekiranya anda tidak memberikan persetujuan untuk tempoh penyimpanan yang lebih lama, contohnya sebagai sebahagian daripada pengurusan hubungan pelanggan kami, kami akan menyimpan data tersebut tidak lebih lama daripada yang diperlukan untuk memenuhi maksud-maksud yang dinyatakan di atas atau selama mana yang diperlukan sekiranya terdapat sebarang obligasi penyimpanan berkanun yang terpakai.
3.11 Tinjauan
Sekiranya anda menyertai tinjauan di laman web kami atau melalui talian perkhidmatan pelanggan kami atau melalui saluran lain, kami akan memproses data hubungan anda, contohnya alamat emel, serta jawapan anda dan sebarang maklumat lain yang anda pilih untuk kongsi dengan kami sebagai tindak balas terhadap tinjauan tersebut. Kami akan menggunakan hasil tinjauan untuk maksud penyelidikan pasaran dan pendapat, jaminan kualiti dan latihan, serta bagi menjana pemahaman perniagaan tambahan.
Pemprosesan dan penggunaan data anda adalah sah kerana (i) pemprosesan adalah perlu bagi pelaksanaan tinjauan menurut Art. 6 para. 1 lit. b GDPR, dan (ii) kami mempunyai kepentingan sah yang mengatasi menurut Art. 6 para. 1 lit. f GDPR untuk mengoptimumkan pemasaran, perkhidmatan dan usaha jualan kami berdasarkan analisis dan pemahaman tersebut. Sebagai alternatif, anda mungkin telah memberikan persetujuan untuk menyertai tinjauan. Dalam kes tersebut, kami akan memproses maklumat yang anda berikan berdasarkan persetujuan anda dan untuk maksud serta setakat yang dinyatakan dalam persetujuan tersebut.
Sekiranya anda tidak memberikan persetujuan (tambahan) untuk tempoh penyimpanan yang lebih lama, contohnya sebagai sebahagian daripada pengurusan hubungan pelanggan kami, kami akan menyimpan data tersebut tidak lebih lama daripada yang diperlukan untuk memenuhi maksud-maksud yang dinyatakan di atas atau selama mana yang diperlukan sekiranya terdapat sebarang obligasi penyimpanan berkanun yang terpakai.
3.12 Komunikasi Pemasaran Diperibadikan dan Kandungan Digital
Anda boleh memberikan persetujuan – berdasarkan analisis data peribadi anda seperti yang dinyatakan di bawah – Henkel mungkin menghubungi anda untuk maksud-maksud pemasaran diperibadikan termasuk tawaran produk dan komunikasi lain mengenai Henkel Adhesive Technologies melalui satu, beberapa atau semua saluran berikut:
- melalui laman web kami
- melalui emel (iaitu surat berita dan iklan emel lain yang mengandungi maklumat tentang semua produk dan tawaran dalam bidang Henkel Adhesive Technologies)
- melalui saluran mudah alih (iaitu SMS dan mesej melalui alat seperti WhatsApp, Viber, Line dan WeChat mengenai semua produk dan tawaran Henkel Adhesive Technologies)
- melalui iklan dalam talian di Facebook atau LinkedIn (iaitu iklan berkaitan produk dan acara Henkel Adhesive Technologies yang dipaparkan di Facebook dan Linkedin)
Alamat emel anda, nombor mudah alih anda dan/atau ID pengguna anda akan dipindahkan kepada Meta Platforms Ireland Limited, 4 Grand Canal Square, Grand Canal Harbour, Dublin 2, Ireland dan LinkedIn Ireland Unlimited Company, Gardner House, Wilton Plaza, Wilton Place, Dublin 2, Ireland untuk maksud ini.
- melalui laman web dan aplikasi pihak ketiga (lain) (iaitu tawaran produk, kandungan digital dan perkhidmatan Henkel serta komunikasi dalam talian berkaitan produk dan acara tersebut mengenai Henkel Adhesive Technologies, juga di laman web dan aplikasi pihak ketiga)
Alamat emel dan/atau ID pengguna anda akan dipindahkan kepada laman web dan aplikasi pihak ketiga tersebut untuk maksud ini.
Bergantung pada skop persetujuan anda, kami akan memperibadikan komunikasi pemasaran, perkhidmatan digital, aktiviti runcit dan pengiklanan dalam talian melalui saluran yang dipilih berdasarkan analisis interaksi anda dengan kami, laman web dan perkhidmatan kami (seperti yang dihuraikan dengan lebih terperinci di bawah), termasuk melalui kuki dan teknologi yang serupa, bagi memberikan kandungan yang paling relevan dan menarik kepada anda dan syarikat yang anda wakili.
Dalam hal ini, kami akan menganalisis penggunaan anda terhadap (1) surat berita dan iklan emel lain, (2) laman web kami, (3) interaksi terdahulu anda dengan kami termasuk pertanyaan dan aduan yang telah anda kemukakan serta pembelian yang telah anda lakukan untuk syarikat anda, (4) penyertaan anda dalam acara dalam talian dan luar talian (sama ada yang dianjurkan oleh kami atau pihak ketiga), (5) penglibatan anda dengan iklan dalam talian di laman web kami serta laman web dan aplikasi pihak ketiga, dan (6) maklumat awam yang boleh diakses secara umum terkandung dalam Profil Media Sosial profesional anda, serta merahsiakan sebarang maklumat tersebut bagi membolehkan analisis lanjut terhadap interaksi anda dengan kami tanpa dapat mengaitkan sebarang maklumat tersebut secara langsung kepada anda.
Kami memproses data peribadi anda dalam konteks ini berdasarkan persetujuan anda menurut Art. 6 para. 1 lit. a GDPR.
Anda boleh menarik balik persetujuan anda pada bila-bila masa dengan kesan untuk masa hadapan dengan menukar atau memadam persetujuan tersebut dalam tetapan akaun pengguna anda atau dengan menghantar surat atau emel kepada butiran hubungan yang dinyatakan di atas. Anda juga boleh menarik balik persetujuan untuk menerima surat berita / iklan emel lain kami dengan mengklik pautan pembatalan persetujuan yang berkenaan dalam surat berita anda / iklan emel lain anda. Penarikan balik persetujuan tidak akan menjejaskan kesahan pemprosesan berdasarkan persetujuan sebelum penarikan tersebut. Kami akan memproses data peribadi anda untuk maksud-maksud yang dinyatakan di atas hanya selama mana persetujuan itu sah atau selama mana yang diperlukan sekiranya terdapat sebarang obligasi penyimpanan berkanun.
3.13 Komunikasi Pemasaran Dalam Hubungan Pelanggan Sedia Ada
Sekiranya kami telah memperoleh alamat emel atau nombor mudah alih anda berkaitan dengan penjualan barangan atau perkhidmatan, kami akan menggunakannya untuk menghantar komunikasi (emel, SMS, MMS, mesej segera) berkaitan dengan produk dan perkhidmatan kami yang serupa dengan syarat anda tidak membantah penggunaan data peribadi anda untuk maksud tersebut.
Anda boleh membantah penerimaan komunikasi tersebut pada bila-bila masa dengan kesan untuk masa hadapan, contohnya dengan menghantar emel di kenny.yong@henkel.com. Bantahan tidak akan menyebabkan sebarang kos selain daripada kos penghantaran menurut kadar asas.
Asas undang-undang untuk pemprosesan tersebut adalah peruntukan yang berkaitan yang melaksanakan Art. 13(2) EU Directive mengenai privasi dan komunikasi elektronik 2002/58/EC ke dalam undang-undang negara di mana Henkel ditubuhkan, dibaca bersama dengan Art. 6 para. 1 lit. f GDPR, kerana ia memenuhi kepentingan sah kami dalam menjalankan pemasaran langsung.
4. Kuki, Piksel, Cap Jari dan teknologi yang serupa
4.1 Maklumat umum dan maklumat berkaitan hak anda untuk menarik balik persetujuan
Laman web ini menggunakan kuki dan teknologi yang serupa (secara kolektif dirujuk sebagai "kuki") yang disimpan pada peranti anda bagi maksud-maksud berikut: Benar-benar Diperlukan, Berfungsi, Prestasi dan Pemasaran Diperibadikan. Maksud-maksud tersebut akan diterangkan dengan lebih lanjut di bawah.
Anda juga boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai kuki yang digunakan oleh laman web kami, khususnya tempoh penyimpanannya, atau melaksanakan hak anda untuk menarik balik persetujuan anda pada bila-bila masa dengan kesan untuk masa hadapan di bawah "Tetapan Kuki". Di sana, sila gerakkan gelangsar yang berkaitan ke kiri dan klik pada "Terima maksud yang dipilih" sekiranya anda ingin menarik balik persetujuan untuk maksud tertentu atau klik "Tolak" sekiranya anda ingin menarik balik persetujuan untuk semua maksud tersebut. Dalam kes ini, hanya kuki yang diperlukan secara teknikal untuk menyediakan laman web ini kepada anda akan digunakan.
Persetujuan anda ditetapkan menurut pelayar dan peranti terakhir. Oleh itu, sekiranya anda melawati laman web kami di rumah dan di tempat kerja atau menggunakan pelayar yang berbeza, anda perlu menarik balik persetujuan pada setiap peranti atau pelayar.
Henkel melibatkan pembekal perkhidmatan khusus dalam memproses data peribadi berkaitan anda bagi maksud-maksud yang dinyatakan di bawah, yang bertindak sebagai pemproses data untuk Henkel menurut Art. 26 GDPR atau sebagai pengawal data berasingan. Syarikat-syarikat yang memproses data peribadi bersama Henkel sebagai pengawal bersama menurut Art. 26 GDPR disenaraikan di bawah.
4.2 Kuki yang Benar-Benar Diperlukan
Kuki yang benar-benar diperlukan adalah secara teknikal diperlukan untuk membolehkan penggunaan laman web kami (contohnya, untuk memaparkan kandungan, pengimbangan beban dan keselamatan IT) dan akan digunakan secara automatik. Asas undang-undang bagi perkara ini adalah peruntukan yang berkenaan yang melaksanakan Art. 5 (3) sentence 2 EU Directive mengenai privasi dan komunikasi elektronik 2002/58/EC ke dalam undang-undang negara di mana tempat Henkel ditubuhkan, dan untuk pemprosesan data peribadi berkaitan dengan anda bagi maksud ini Art. 6 (1) lit. b GDPR.
4.3 Kuki Berfungsi
Kuki berfungsi adalah digunakan untuk menyediakan kepada anda kefungsian yang membolehkan anda menggunakan laman web kami dengan lebih selesa dan diperibadikan, contohnya dengan menyimpan dan menganalisis keutamaan, input dan tetapan anda seperti pilihan bahasa. Sekiranya anda tidak membenarkan kuki berfungsi, kefungsian ini mungkin tidak akan disediakan atau tidak akan berfungsi dengan baik.
Asas undang-undang bagi perkara ini adalah persetujuan anda (setakat mana ia telah diberikan) menurut peruntukan yang berkenaan yang melaksanakan Art. 5 (3) sentence 1 EU Directive mengenai privasi dan komunikasi elektronik 2002/58/EC ke dalam undang-undang negara di mana Henkel ditubuhkan.
· InMoment
Laman web ini menggunakan InMoment, sebuah platform pengalaman pelanggan dan maklum balas yang disediakan oleh InMoment GmbH, Borselstraße 18, 22765 Hamburg, yang membolehkan kami memaparkan tinjauan kepada pelawat kami, mengumpul maklum balas mereka, dan menganalisisnya melalui papan pemuka untuk memperbaiki perkhidmatan kami.
Untuk menyokong kefungsian ini, kuki mungkin disimpan pada peranti anda dengan persetujuan anda. Kuki ini mengandungi data – seperti nombor pengenalan, tarikh dan masa permintaan pelayan serta jawapan tinjauan yang diisi.
Penarikan balik persetujuan:
Anda boleh menarik balik persetujuan anda pada bila-bila masa dengan kesan untuk masa hadapan dengan menyahaktifkan kuki di laman web kami di bawah "Tetapan Kuki".
4.4 Kuki Prestasi
Kuki prestasi adalah digunakan untuk menganalisis penggunaan laman web kami bagi mengukur dan memperbaiki prestasi laman web serta pengalaman pengguna. Untuk ini, khususnya lawatan, aktiviti dan interaksi anda di laman web kami dan laman web lain,serta maklumat tentang pelayar dan peranti anda, adalah dianalisis dan digunakan untuk menjana statistik pseudonim. Ini membantu kami, sebagai contoh, untuk mengenalpasti halaman mana yang paling dan paling kurang popular serta memahami bahawa bagaimana pengguna menavigasi laman web serta menjalankan ujian dan berdasarkan maklumat tersebut menjana pandangan perniagaan bagi mengoptimumkan usaha jualan kami.
Di laman web kami yang disasarkan kepada pelanggan perniagaan, data anda juga mungkin digunakan untuk menganalisis syarikat tempat anda bekerja bagi maksud mengekalkan maklumat kami tentang entiti perniagaan yang kami mungkin telah menjalinkan hubungan perniagaan atau yang berminat terhadap produk dan perkhidmatan kami.. Untuk ini, data anda juga mungkin dipadankan dan digabungkan dengan data daripada rakan kongsi kami Dun & Bradstreet seperti yang dinyatakan di bawah.
Selain itu, data anda juga boleh digunakan dan dianalisis untuk menjejaki pembelian produk kami di kedai dalam talian, khususnya untuk memahami Kumpulan pelawat laman web yang (1) membeli jenis produk tertentu dan (2) dari mana mereka membelinya (iaitu daripada e-peruncit mana), serta untuk menganalisis peruncit dan kedai lain yang telah dikunjungi.
Asas undang-undang untuk pemprosesan ini adalah persetujuan anda (setakat mana ia telah diberikan) menurut peruntukan berkenaanyang melaksanakan Art. 5 (3) sentence 1 EU Directive mengenai privasi dan komunikasi elektronik 2002/58/EC ke dalam undang-undang negara di mana Henkel ditubuhkan.
Kuki prestasi digunakan dalam konteks alat-alat berikut. Dalam penerangan masing-masing, kami juga memaklumkan kepada anda tentang cara untuk menarik balik persetujuan anda secara khusus bagi alat yang berkanaan. Hak umum anda untuk menarik balik persetujuan bagi satu atau semua maksud dalam seksyen ini yang dinyatakan di atas tidak terjejas.
· Dun & Bradstreet Direct+
Dengan syarat bahawa anda telah memberikan persetujuan, laman web ini menggunakan Dun & Bradstreet Direct+, satu perkhidmatan yang disediakan oleh Dun & Bradstreet Deutschland GmbH, Robert Bosch Straße 11, 64293 Darmstadt, Germany (“D&B”). Alat ini membolehkan kami mengenal pasti dan menganalisis pelawat laman web, khususnya dengan memberikan kami maklumat mengenai pelawat yang bertindak bagi pihak syarikat lain yang mana kami telah menjalinkan hubungan perniagaan atau mungkin ingin menjalin hubungan perniagaan.
Untuk maksud ini, D&B mencipta kuki pada pelayar web anda apabila anda melawati laman web kami. Kuki tersebut mengumpul maklumat berkaitan lawatan anda ke laman web kami dan D&B menilai maklumat yang diberikan terhadap pangkalan datanya dan menggunakan algoritma proprietari untuk mengenal pasti entiti di sebalik setiap pelawat laman web serta butiran mengenainya. Dalam hal ini, kami – melalui D&B – mungkin memproses maklumat peribadi anda seperti: nama anda, alamat emel, nama majikan, butiran hubungan, jawatan, alamat perniagaan, gelaran akademik dan kelayakan, Nombor D-U-N-S (pengenal pasti berangka sembilan digit yang unik merujuk kepada satu entity perniagaan); jenis perniagaan; alamat IP dan data kuki.
Kami akan menggunakan maklumat ini untuk maksud mengenal pasti entiti perniagaan yang telah atau mungkin akan menjalinkan hubungan perniagaan dengan kami, memperkayakan maklumat sedia ada tentang entiti perniagaan, dan memantau perubahan kepada entiti perniagaan bagi memastikan maklumat perniagaan yang relevan sentiasa terkini.
Penarikan balik persetujuan:
Anda boleh menarik balik persetujuan anda pada bila-bila masa untuk masa hadapan dengan menyahaktifkan kuki di laman web kami di bawah "Tetapan Kuki".
· Fullstory Analyze & Watch
Dengan syarat anda telah memberikan persetujuan, laman web ini menggunakan Fullstory Analyze & Watch, satu perkhidmatan yang disediakan oleh Fullstory, Inc., 1745 Peachtree St NE Ste N, Atlanta, GA 30309, USA. Alat ini membolehkan kami memahami corak tingkah laku pengguna laman web kami dengan maksud untuk memperkemaskan perjalanan pengguna, mengenal pasti peluang pemperibadian dan mengoptimumkan kadar penukaran.
Untuk maksud ini, kuki disimpan pada peranti anda dengan persetujuan anda. Kuki tersebut mengumpul data mengenai penggunaan anda terhadap laman web kami dan peranti akhir anda seperti resolusi peranti/skrin, pelayar web, halaman yang dilawati di laman web kami, kandungan halaman tersebut, klik dan tindakan di laman web kami, aktiviti skrol, tempoh sesi (keseluruhan & bagi setiap halaman), mesej ralat dan masa pengumpulan data.
Penarikan balik persetujuan:
Anda boleh menarik balik persetujuan anda pada bila-bila masa untuk masa hadapan dengan menyahaktifkan kuki di laman web kami di bawah "Tetapan Kuki".
4.5 Kuki Pemasaran Diperibadikan
Kuki pemasaran diperibadikan mungkin digunakan oleh kami dan rakan pengiklanan kami seperti yang dinyatakan di bawah, yang mana ada antara mereka bertindak sebagai pengawal data berasingan atau bersama kami sebagai pengawal bersama, dan kepada siapa kami mungkin memberikan maklumat mengenai status dan skop persetujuan anda. Kuki ini mungkin digunakan oleh kami dan rakan kongsi kami untuk membina profil minat, corak penggunaan dan ciri anda bagi memaparkan iklan yang relevan kepada anda di laman web kami dan media lain, seperti laman web pihak ketiga, platform media sosial dan aplikasi (mudah alih) yang juga mungkin disediakan oleh pihak ketiga. Untuk maksud ini, khususnya tingkah laku penggunaan anda (juga di laman web, platform media sosial dan aplikasi lain), termasuk interaksi anda dengan kandungan dan iklan, maklumat yang anda masukkan (contohnya dalam borang dan tinjauan), maklumat pekerjaan tentang anda (yang dikumpulkan antara lain daripada LinkedIn) serta maklumat tentang peranti dan lokasi anda akan dianalisis. Data ini juga mungkin digunakan untuk mengoptimumkan dan mengukur kejayaan kempen pengiklanan serta meramalkan tingkah laku pengguna lain yang tidak memberikan persetujuan terhadap penggunaan kuki dan pemprosesan data mereka untuk pemasaran diperibadikan, dengan menggunakan algoritma (pembelajaran mesin) yang juga boleh dilatih menggunakan data ini, khususnya balasan mereka yang berpotensi terhadap iklan.
Selain itu, data ini mungkin digunakan untuk menentukan sama ada anda menggunakan pelbagai peranti dan mengaitkannya antara satu sama lain, khususnya untuk menggabungkan data yang dikumpul tentang anda melalui peranti yang berbeza serta untuk memaparkan kempen iklan (diperibadikan) dan mengukur kejayaan iklan merentas peranti.
Data anda juga mungkin diproses untuk menentukan sama ada peranti lain boleh dikaitkan dengan isi rumah anda dan dalam hal ini digabungkan dengan data ahli isi rumah anda bagi maksud seperti yang dinyatakann dalam bahagian ini berkaitan pemasaran diperibadikan, khususnya untuk memaparkan iklan (diperibadikan) merentas peranti yang ditetapkan kepada isi rumah anda.
Jika anda tidak membenarkan kuki untuk pemasaran diperibadikan, anda mungkin akan menerima iklan yang kurang relevan kepada anda.
Asas undang-undang bagi perkara ini adalah persetujuan anda (setakat mana ia telah diberikan) menurut peruntukan yang berkaitan yang melaksanakan Art. 5 (3) sentence 1 EU Directive mengenai privasi dan komunikasi elektronik 2002/58/EC ke dalam undang-undang negara di mana Henkel ditubuhkan.
Kuki pemasaran diperibadikan digunakan bersama alat-alat berikut. Dalam penerangan masing-masing, kami juga memaklumkan anda tentang cara untuk menarik balik persetujuan anda secara khusus bagi alat yang berkenaan. Hak umum anda untuk menarik balik persetujuan bagi satu atau semua maksud dalam seksyen ini yang dinyatakan di atas tidak terjejas .
· Adobe Analytics
Laman web ini menggunakan Adobe Analytics, perkhidmatan analitik web yang disediakan oleh Adobe Systems Software Ireland Limited (4-6 Riverwalk, City West Business Campus, Saggart, Dublin 24, Ireland) (“Adobe”) untuk maksud menganalisis penggunaan laman web ini.
Untuk maksud ini, kuki disimpan pada peranti anda dengan persetujuan anda. Kuki ini mengandungi data seperti maklumat pelayar dan peranti anda, alamat IP, laman web yang dilawati serta tarikh dan masa permintaan pelayan bagi maksud menilai penggunaan anda terhadap laman web, menyusun laporan mengenai aktiviti laman web untuk pengendali laman web dan menyediakan perkhidmatan lain yang berkaitan dengan aktiviti laman web dan penggunaan internet kepada pembekal laman web, serta maklumat mengenai interaksi yang telah dilakukan oleh pengguna dengan iklan (contohnya mengklik iklan teks atau menonton iklan video).
Kami telah melaksanakan Adobe Analytics dengan cara di mana oktet terakhir (bahagian terakhir) alamat IP anda akan dipersumbunyikan segera apabila alamat IP dikumpulkan dan ini dilakukan sebelum sebarang pemprosesan lanjut alamat IP. Hanya lokasi anggaran akan tersedia bagi maksud analisis statistik.
Henkel akan menggunakan data yang dikumpulkan untuk mengoptimumkan laman web ini dan kempen ini, melaksanakan penyasaran semula dan memperibadikan iklan. Untuk maksud ini, kuki yang disimpan pada peranti anda membolehkan anda disasarkan semula di laman kami serta laman pihak ketiga. Untuk maksud ini, pelayar anda dikenal pasti semasa penyampaian iklan dan ditetapkan kepada kumpulan sasaran. Maklumat ini digunakan untuk memaparkan iklan yang relevan dan menarik kepada anda.
Penarikan balik persetujuan:
Anda boleh menarik balik persetujuan anda pada bila-bila masa dengan kesan untuk masa hadapan dengan menyahaktifkan kuki di laman web kami di bawah “Tetapan Kuki”.
· Adobe Marketo Munchkin
Laman web ini menggunakan Adobe Marketo Munchkin, kod penjejakan JavaScript yang disediakan oleh EMEA Ltd., Cairn House, South County Business Park, Leopardstown Road, Dublin 18, Ireland (“Marketo”) bagi maksud mengoptimumkan kempen pemasaran.
Dengan persetujuan anda, kuki telah disimpan pada peranti anda untuk maksud ini. Kuki ini akan mengumpul data seperti maklumat peranti dan penyemak imbas, interaksi anda dengan laman web (seperti iklan dan produk), alamat IP anda, laman web yang dilawati, data geolokasi yang disimpulkan daripada alamat IP, tarikh dan masa permintaan pelayan dan data yang dikumpul melalui borang yang diisi. Data yang diberikan akan disimpan dan diproses secara langsung dalam Marketo, yang membolehkan kami menggunakan maklumat ini untuk mencipta kumpulan sasaran, segmentasi minat, penjanaan prospek, pengoptimuman pengalaman, dan untuk menyampaikan kempen pemasaran yang dioptimumkan dan diperibadikan.
Maklumat yang dikumpul oleh kuki mengenai penggunaan anda terhadap laman web kami akan dihantar kepada dan disimpan oleh Marketo bagi pihak kami.
Penarikan balik persetujuan:
Anda boleh menarik balik persetujuan anda pada bila-bila masa dengan kesan untuk masa hadapan dengan menyahaktifkan kuki di laman web kami di bawah "Tetapan Kuki".
Laman web ini menggunakan Adobe Target, perkhidmatan analisis web yang disediakan oleh Adobe Systems Software Ireland Limited (4-6 Riverwalk, City West Business Campus, Saggart, Dublin 24, Ireland) (“Adobe”) untuk maksud analisis pengguna dan ujian A/B.
Untuk maksud ini, kuki telah disimpan pada peranti anda dengan persetujuan anda. Kuki ini mengandungi data – seperti maklumat penyemak imbas dan peranti, interaksi anda dengan laman web (contohnya produk dan iklan yang diklik), alamat IP anda, laman web yang dilawati, dan tarikh serta masa permintaan pelayan – bagi menilai penggunaan laman web anda, menjalankan ujian (khususya ujian A/B) anda, dan menyampaikan kandungan diperibadikan secara dinamik apabila anda melawat laman web kami.
Maklumat yang dikumpulkan oleh kuki berkenaan penggunaan laman web anda akan dihantar kepada dan disimpan oleh Adobe bagi pihak kami. Kami telah melaksanakan Adobe Target dengan cara yang memastikan oktet terakhir (bahagian terakhir) alamat IP anda akan dipersumbunyikan segera semasa alamat IP tersebut dikumpulkan dan dalam apa jua keadaan dilakukan sebelum sebarang pemprosesan lanjut ke atas alamat IP tersebut. Hanya lokasi anggaran akan tersedia bagi maksud analisis statistik.
Penarikan balik persetujuan:
Anda boleh menarik balik persetujuan anda pada bila-bila masa dengan kesan untuk masa hadapan dengan menyahaktifkan kuki di laman web kami di bawah "Tetapan Kuki". Jika anda bersetuju dengan penggunaan kuki secara umum, tetapi tidak bersetuju dengan penggunaan kuki Adobe Target, anda boleh mengikuti pautan ini (https://www.adobe.com/privacy/opt-out.html) untuk menyahaktifkan pengumpulan dan penggunaan data oleh Adobe.
· Google Ads
Laman web ini menggunakan "Google Ads", perkhidmatan yang disediakan oleh Google Ireland Ltd, Gordon House, Barrow Street, Dublin 4, Ireland (“Google”) untuk menilai keberkesanan langkah pengiklanan dan menarget semula anda.
Apabila anda melawati laman web kami, “Google Ads” menyimpan kuki pada peranti anda dengan persetujuan anda. Dengan kuki ini, Google memproses maklumat yang dijana oleh peranti anda tentang penggunaan laman web kami, interaksi anda dengan laman web dan langkah pengiklanan, serta alamat IP anda, maklumat penyemak imbas, laman web yang dilawati sebelum ini dan tarikh serta masa capaian – bagi maksud menganalisis dan menggambarkan pengukuran capaian iklan kami serta memaparkan iklan yang diperibadikan. Untuk maksud ini, ia juga ditentukan sama ada peranti akhir yang berbeza adalah milik anda atau isi rumah anda. Melalui “Remarketing”, pengguna laman web kami boleh dikenal pasti dan dikenali di laman web lain dalam rangkaian pengiklanan Google (contohnya dalam Google Search atau di YouTube), dan iklan yang disesuaikan mengikut minat mereka boleh dipaparkan kepada mereka.
Sehubungan dengan Google Ads, kami mungkin memberikan Google maklumat mengenai status dan skop persetujuan anda.
Google juga boleh memproses data berkaitan anda untuk meramalkan tingkah laku pengguna lain yang tidak memberikan persetujuan kepada penggunaan kuki dan pemprosesan data mereka untuk pemasaran diperibadikan, dengan menggunakan algoritma (untuk pembelajaran mesin) yang juga boleh dilatih menggunakan data ini, khususnya untuk meramalkan kemungkinan balasan mereka terhadap iklan.
Penarikan balik persetujuan:
Anda boleh menarik balik persetujuan anda pada bila-bila masa dengan kesan untuk masa hadapan dengan menyahaktifkan kuki di laman web kami di bawah "Tetapan Kuki". Jika anda bersetuju dengan penggunaan kuki secara umum tetapi tidak selesa untuk menerima pengiklanan Google yang diperibadikan, anda boleh mendapatkan maklumat mengenai cara untuk menyesuaikan tetepan pengiklanan anda dengan Google melalui pautan ini (https://support.google.com/My-Ad-Center-Help/answer/12155764?hl=de) dan (https://support.google.com/ads/answer/7395996)
Laman web ini menggunakan Google Analytics, perkhidmatan analisis web yang disediakan oleh Google Ireland Ltd. (Gordon House, Barrow Street, Dublin 4, Ireland) and Google LLC (1600 Amphitheatre Parkway Mountain View, CA 94043, USA) (“Google”) untuk menganalisis penggunaan laman web ini.
Untuk maksud ini, kuki telah disimpan pada peranti anda dengan persetujuan anda. Kuki ini mengumpulkan data seperti maklumat pelayar dan peranti, alamat IP anda, laman web yang dilawati serta tarikh dan masa permintaan pelayan bagi menganalisis penggunaan anda terhadap laman web, menyusun laporan aktiviti laman web untuk pengendali laman, dan menyediakan perkhidmatan lain berkaitan aktiviti laman web dan penggunaan internet kepada pembekal laman web. Kuki ini juga mengumpulkan maklumat tentang interaksi pengguna dengan iklan (seperti mengklik iklan teks atau menonton iklan video). Selain itu, kami mungkin memberikan Google maklumat mengenai status dan skop persetujuan anda.
Henkel menggunakan data yang dikumpul untuk mengoptimumkan laman web ini dan kempen, untuk penyasaran semula (iaitu, bagi memaparkan iklan selepas anda melawat laman web kami) dan bagi memperibadikan iklan. Kuki yang disimpan oleh Google pada peranti anda membolehkan penyasaran semula dilakukan di laman web Google (contohnya sebagai sebahagian daripada “Google Ads”) dan juga (contohnya sebagai sebahagian daripada “Google Campaign Manager 360”) di laman web kami serta – bergantung kepada minat anda – apabila anda melawat laman web rakan kongsi lain. Untuk maksud ini, pelayar anda akan dikenal pasti apabila iklan dipaparkan dan diberikan kepada kumpulan sasaran. Maklumat ini digunakan untuk memaparkan iklan yang relevan dan menarik kepada anda.
Sebagai sebahagian daripada Google Analytics, ciri Google Signals juga digunakan. Ini adalah data yang dikumpul oleh Google apabila anda melawat laman web atau aplikasi pihak ketiga, khususnya mengenai penggunaan anda terhadap laman web dan aplikasi tersebut. Contohnya, tindakan anda seperti klik pada iklan, pembelian produk dan halaman yang dilihat boleh dirakam. Data ini boleh dikaitkan dengan anda jika anda log masuk ke akaun Google anda dan membenarkan pengiklanan diperibadikan. Kami menerima laporan agregat daripada Google, khususnya statistik, yang membolehkan kami menilai dan meramalkan tingkah laku anda merentas peranti dan laman/aplikasi. Kami menggunakan fungsi ini untuk menugaskan anda kepada Kumpulan sasaran dan mengawal kempen dengan lebih baik (merentas peranti), khususnya melalui penargetan semula seperti yang dihuraikan di atas.
Kami telah melaksanakan Google Analytics dengan cara di mana oktet terakhir (bahagian terakhir) alamat IP anda akan dinyahkenal pasti serta-merta sekiranya alamat IP dikumpulkan dalam EU atau EEA. Hanya dalam kes-kes luar biasa, alamat IP penuh akan dihantar ke pelayan Google di Amerika Syarikat dan dipendekkan di sana.
Google juga boleh memproses data berkaitan anda untuk meramalkan tingkah laku pengguna lain yang belum memberi persetujuan terhadap penggunaan kuki dan pemprosesan data mereka bagi pemasaran diperibadikan, menggunakan algoritma (untuk pembelajaran mesin) yang juga boleh dilatih dengan data ini, khususnya kemungkinan balasan mereka terhadap iklan .
Penarikan balik persetujuan:
Anda boleh menarik balik persetujuan anda pada bila-bila masa dengan kesan untuk masa hadapan dengan menyahaktifkan kuki di laman web kami di bawah “Tetapan Kuki”. Sekiranya anda bersetuju dengan penggunaan kuki secara umum tetapi berasa tidak selesa dengan penggunaan kuki Google Analytics, anda boleh mengikuti pautan ini (https://tools.google.com/dlpage/gaoptout?hl=en) dan memuat turun serta memasang pemalam penyemak imbas untuk menyahaktifkan pengumpulan dan penggunaan data (kuki dan alamat IP) oleh Google Analytics.
· Google Campaign Manager 360 (dahulunya dikenali sebagai DoubleClick)
Kami menggunakan Google Campaign Manager 360 (“Campaign Manager”), perkhidmatan yang disediakan oleh Google LLC, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043 (“Google”), untuk memaparkan iklan yang relevan kepada anda.
Untuk maksud ini, Google menyimpan kuki pada peranti anda dengan persetujuan anda menggunakan alamat IP anda. Selain alamat IP, maklumat penyemak imbas dan peranti, laman web yang dilawati dan waktu capaian, kuki ini juga mengumpul maklumat tentang iklan yang dipaparkan dalam penyemak imbas anda dan iklan mana yang anda klik. Ini membolehkan Google dan laman web rakan kongsinya memaparkan iklan yang berkaitan dengan minat berdasarkan lawatan terdahulu ke halaman Henkel atau laman web lain. Kuki Campaign Manager menggunakan nombor pengenalan pseudonim yang diberikan kepada penyemak imbas anda bagi maksud menyemak paparan dan keberkesanan iklan. Untuk maksud ini, penyemak imbas anda dikenal pasti semasa penyampaian iklan dan diberikan kepada kumpulan sasaran. Kuki yang disimpan oleh Google pada peranti anda membolehkan anda disasarkan semula – sama ada secara langsung (contohnya dalam skop “Google Ads”) di laman web Google ataupun (contohnya dalam skop “Google Campaign Manager 360”) di laman web kami dan – bergantung kepada minat anda – apabila anda melawat laman web rakan kongsi lain.
Maklumat ini juga akan digunakan bagi maksud menilai penggunaan laman web anda, menyusun laporan mengenai aktiviti laman web untuk pengendali laman web serta menyediakan perkhidmatan lain yang berkaitan dengan aktiviti laman web dan penggunaan internet.
Dalam Campaign Manager, kami menggunakan sistem penjejakan penukaran “Floodlight” bagi memantau dan menyediakan laporan mengenai penukaran selepas pengguna berinteraksi dengan salah satu iklan paparan atau carian Google kami. Untuk maksud ini, Google akan memasang kuki pada peranti anda dengan persetujuan anda. Floodlight menjejak aktiviti pengguna pada laman web kami atau laman web pihak ketiga selepas pengguna mengklik iklan Google dan mengenal pasti atau mengenal semula pengguna melalui ID Pengguna mereka. Maklumat ini boleh digunakan oleh Floodlight untuk maksud atribusi penukaran. Floodlight juga mengira penukaran merentasi persekitaran yang berbeza (contohnya, pengguna mengklik iklan carian berbayar melalui peranti mudah alih tetapi melengkapkan penukaran melalui komputer meja) dengan menggunakan – menurut Google – pelbagai sumber data yang diagregat dan dirahsiakan.
Sehubungan dengan Campaign Manager, kami boleh memberikan Google maklumat mengenai status dan skop persetujuan anda.
Google juga boleh memproses data yang berkaitan dengan anda bagi meramalkan tingkah laku pengguna lain yang tidak memberikan persetujuan terhadap penggunaan kuki dan pemprosesan data mereka untuk maksud pemasaran diperibadikan, dengan menggunakan algoritma (untuk pembelajaran mesin) yang turut boleh dilatih menggunakan data ini, khususnya kemungkinan balasan mereka terhadap iklan.
Penarikan balik persetujuan:
Anda boleh menarik balik persetujuan anda pada bila-bila masa untuk masa hadapan dengan menyahaktifkan kuki di laman web kami di bawah "Tetapan Kuki". Sekiranya anda bersetuju dengan penggunaan kuki secara umum, tetapi tidak selesa dengan penggunaan kuki Google Campaign, anda boleh mengikuti pautan ini (www.google.com/settings/ads/onweb) untuk menyahaktifkan perkhidmatan Campaign Manager oleh Google.
· LinkedIn Insight Tag
Laman web ini menggunakan LinkedIn Insight Tag, perkhidmatan yang disediakan oleh LinkedIn Ireland Unlimited Company, Wilton Plaza, Wilton Place, Dublin 2, Ireland (“LinkedIn”). Alat ini membolehkan kami, dengan persetujuan anda, menganalisis dan memperibadikan iklan kami berdasarkan penggunaan anda terhadap laman web dan iklan kami bagi maksud memaparkan iklan yang disesuaikan khas untuk anda.
Untuk maksud ini, LinkedIn Insight mencipta kuki pada pelayar web anda dengan persetujuan anda apabila anda melawat laman web kami. Kuki ini mengumpul maklumat yang berkaitan dengan profil LinkedIn anda dan lawatan anda ke laman web kami, seperti: URL, URL perujuk, alamat IP, pengecam ahli LinkedIn, ciri-ciri peranti dan pelayar, cap masa, paparan halaman, maklumat demografi terkumpul (contohnya jawatan, tahap kerjaya, industri, lokasi, negara), laman web yang dilawati sebelum ini dan interaksi anda dengan iklan serta laman web kami bagi maksud menjejak dan menganalisis capaian iklan kami, tindakan yang diambil di laman web kami selepas iklan dipaparkan atau diklik (penjejakan penukaran), paparan iklan diperibadikan serta pengoptimuman kempen pemasaran kami di LinkedIn. Penjejakan penukaran juga boleh dilakukan merentasi peranti (contohnya dari PC ke tablet). LinkedIn Insight Tag turut menyediakan fungsi penyasaran semula yang membolehkan kami menyasarkan semula ahli LinkedIn yang melawat laman web kami dan memaparkan iklan yang disasarkan kepada pelawat di luar laman web kami.
Penarikan balik persetujuan:
Anda boleh menarik balik persetujuan anda pada bila-bila masa dengan kesan untuk masa hadapan dengan menyahaktifkan kuki di laman web kami di bawah “Tetapan Kuki”. Anda boleh melaraskan keutamaan iklan anda dengan menukar tetapan pelayar anda atau tetapan LinkedIn anda sekiranya anda tidak mahu menerima iklan berdasarkan minat di LinkedIn. (https://www.linkedin.com/help/linkedin/answer/a427426/manage-your-linkedin-ads-settings?lang=en)
· Meta Pixel
Kami menggunakan Meta Pixel yang disediakan oleh Meta Platforms Ireland Limited (4 Grand Canal Square, Grand Canal Harbour, Dublin 2, Ireland) (“Meta”). Dengan persetujuan anda, alat ini membolehkan kami menganalisis dan memperibadikan iklan kami berdasarkan penggunaan anda terhadap laman web kami agar iklan dapat disesuaikan khusus kepada anda. Untuk maksud ini, Meta Pixel mengumpul data seperti alamat IP anda, maklumat pelayar, lawatan dan tindakan anda di laman web kami, “Facebook ID” atau ID pengguna, serta tarikh dan masa permintaan pelayan.
Data yang dikumpulkan digunakan untuk mengoptimumkan kempen serta membentuk kumpulan sasaran individu, iaitu kumpulan pengguna Facebook dan Instagram berdasarkan data yang dikumpulkan, bagi maksud pelaksanaan kempen pengiklanan yang disasarkan di Facebook dan Instagram (iklan Facebook dan Instagram). Untuk maksud ini, ia juga boleh digunakan bagi menentukan sama ada peranti akhir yang berbeza adalah milik anda atau isi rumah anda.
Sejauh mana data mengenai penggunaan laman web kami oleh anda dikumpulkan, kempen pengiklanan yang diperibadikan akan dioptimumkan dan kumpulan sasaran akan diwujudkan, kami bertindak bersama dengan Meta Platforms Ireland Limited, 4 Grand Canal Square, Grand Canal Harbour, Dublin 2, Ireland sebagai pihak bersama yang mengawal data menurut Art. 26 GDPR. Kami telah memeterai satu perjanjian dengan Meta berkenaan perkara ini, yang boleh anda rujuk di pautan berikut: https://www.facebook.com/legal/controller_addendum (“Lampiran Pengawal”). Perjanjian ini menetapkan tugas dan tanggungjawab masing-masing bagi memenuhi obligasi di bawah GDPR berhubung dengan kawalan bersama terhadap data.
Maklumat yang diperlukan manurut Art. 13 para. 1 lit. a, b GDPR berkaitan pemprosesan data sebagai pengawal bersama boleh didapati dalam dasar privasi Meta di pautan berikut: https://www.facebook.com/privacy/policy. Dalam bahagian "Apakah maklumat yang kami kumpulkan?" / "Maklumat daripada rakan kongsi, pembekal dan pihak ketiga lain", Meta merujuk kepada Lampiran Pengawal (lihat di atas).
Kami telah bersetuju dengan Meta bahawa Meta akan bertindak sebagai titik hubungan untuk pelaksanaan hak-hak subjek data di bawah Art. 15-20 GDPR berkenaan dengan aktiviti pemprosesan di bawah pengawalan bersama.
Penarikan balik persetujuan:
Anda boleh menarik balik persetujuan anda pada bila-bila masa dengan kesan untuk masa hadapan dengan menyahaktifkan kuki di laman web kami di bawah “Tetapan Kuki”. Anda boleh melaraskan keutamaan iklan anda dengan menukar tetapan pelayar anda atau tetapan Facebook anda sekiranya anda tidak mahu menerima iklan berdasarkan minat di Facebook (https://www.facebook.com/help/568137493302217).
· Microsoft Advertising (sebelum ini dikenali sebagai BingAds)
Laman web ini menggunakan “Microsoft Advertising”, satu perkhidmatan yang disediakan oleh Limited One Microsoft Place, South County Business Park, Leopardstown, Dublin 18 (“Microsoft”) untuk maksud menyampaikan iklan yang diperibadikan dan dioptimumkan kepada anda dalam rangkaian pengiklanan Microsoft.
Untuk maksud Microsoft Advertising, kuki telah disimpan pada peranti anda dengan persetujuan anda. Prasyarat bagi perkara ini ialah anda telah mengakses laman web kami melalui iklan daripada “Microsoft Advertising”. Dengan kuki tersebut, Microsoft memproses maklumat yang dikumpulkan oleh peranti anda berkaitan penggunaan laman web kami, interaksi dengan laman web kami dan langkah-langkah pengiklanan, serta alamat IP anda, pengecam kuki, maklumat penyemak imbas, laman web yang telah anda lawati sebelum ini, serta tarikh dan masa akses, bagi maksud menganalisis dan menggambarkan ukuran capaian iklan kami serta untuk memaparkan iklan yang diperibadikan (“Data Pengguna Microsoft Advertising”). Untuk maksud ini, ia boleh juga ditentukan sama ada peranti berbeza adalah milik anda atau isi rumah anda. Melalui“Conversion tracking", matlamat penukaran (khususnya matlamat yang ingin dicapai melalui pengiklanan), seperti pembelian, pendaftaran dan muat turun, boleh dijejak. Melalui “Remarketing“, pengguna laman web kami boleh dikenal pasti semula dan dikenali di laman web lain dalam rangkaian pengiklanan Microsoft (contohnya dalam Bing atau Yahoo Search), dan iklan yang disesuaikan mengikut minat mereka boleh dipaparkan kepada mereka.
Penarikan balik persetujuan:
Anda boleh menarik balik persetujuan anda pada bila-bila masa dengan kesan untuk masa hadapan dengan menyahaktifkan kuki di laman web kami di bawah “Tetapan Kuki”.
· Pinterest Pixel
Laman web ini menggunakan teknologi penjejakan penukaran daripada rangkaian sosial “Pinterest” (Pinterest Europe Ltd., Palmerston House, Tingkat 2, Fenian Street, Dublin 2, Ireland) bagi maksud memaparkan iklan dan tawaran yang relevan di Pinterest kepada pelawat laman web ini yang telah menunjukkan minat terhadap laman web dan kandungan/tawaran kami, atau yang mempunyai ciri-ciri tertentu (contohnya minat terhadap topik atau produk tertentu yang dikenal pasti berdasarkan laman web yang telah dilawati) dan merupakan ahli Pinterest, dengan persetujuan mereka.
Untuk maksud ini, satu piksel penjejakan penukaran daripada Pinterest telah disepadukan pada laman web kami. Dengan persetujuan anda, piksel tersebut akan menjana kuki yang menyimpan alamat IP anda, maklumat pelayar dan peranti, lawatan dan tindakan yang anda lakukan di laman web kami, serta tarikh dan masa permintaan pelayan.
Melalui kuki Pinterest, Pinterest boleh mengenal pasti pelawat laman web kami sebagai kumpulan sasaran untuk paparan iklan (dikenali sebagai “Pinterest ads”). Contohnya, jika anda menunjukkan minat terhadap produk kami di laman web ini, anda mungkin akan dipaparkan iklan produk tersebut di Pinterest. Dengan menggunakan kuki Pinterest, kami juga boleh menjejaki keberkesanan Pinterest ads untuk tujuan statistik dan penyelidikan pasaran dengan mengenal pasti sama ada pengguna telah diarahkan semula ke laman web kami selepas mengklik pada Pinterest ads (dikenali sebagai “penukaran”).
Sejauh mana kami dan Pinterest mengumpul dan berkongsi apa yang dikenali sebagai “Data Aktiviti” (seperti pengukuran jualan luar talian atau penyepaduan rakan pengukuran mudah alih), kami dan Pinterest (Pinterest Eu-rope Ltd., Palmerston House, 2nd Floor, Fenian Street, Dublin 2, Ireland) bertindak sebagai pengawal bersama menurut Art. 26 GDPR. Dalam hal ini, kami telah memeterai satu perjanjian dengan Pinterest yang boleh didapati di bawah “Lampiran B” di pautan berikut:
https://business.pinterest.com/en-gb/pinterest-advertising-services-agreement/germany/ (“JCA”). Perjanjian tersebut menetapkan peranan dan tanggungjawab masing-masing dalam memenuhi obligasi di bawah GDPR berkaitan pengawalan bersama.
Maklumat yang diperlukan menurut Art. 13 para. 1 lit. a, b GDPR berkaitan pemprosesan data bersama boleh didapati dalam dasar privasi Pinterest berikut: https://policy.pinterest.com/en-gb/privacy-policy.
Kami telah bersetuju dengan Pinterest bahawa Pinterest akan bertindak sebagai titik hubungan untuk pelaksanaan hak subjek data menurut Art. 15-20 GDPR berkenaan aktiviti pemprosesan dalam pengawalan bersama.
Penarikan balik persetujuan:
Anda boleh menarik balik persetujuan anda pada bila-bila masa untuk masa hadapan dengan menyahaktifkan kuki di laman web kami di bawah "Tetapan Kuki". Anda boleh melaraskan keutamaan iklan anda dengan menukar tetapan pelayar anda atau tetapan Pinterest anda sekiranya anda tidak mahu menerima iklan berdasarkan minat di Pinterest (https://help.pinterest.com/en/article/personalized-ads-on-pinterest).
5 Penggunaan Pemalam Media Sosial
Perkhidmatan pengurusan kandungan media sosial telah disepadukan dalam laman web kami, khususnya melalui pemalam daripada pelbagai rangkaian media sosial. Perkhidmatan yang berkaitan disediakan oleh syarikat masing-masing (“pembekal”). Maksud perkhidmatan ini adalah untuk membolehkan anda melihat dan berkongsi kandungan kami dengan rakan-rakan dan rangkaian profesional anda. Pembekal-pembekal tersebut adalah seperti berikut:
- Facebook di dalam EU dikendalikan oleh Meta Platforms Ireland Limited, 4 Grand Canal Square, Grand Canal Harbour, Dublin 2, Ireland. Untuk gambaran keseluruhan mengenai pemalam Facebook dan rupanya, sila layari: https://developers.facebook.com/docs/plugins
- X dikendalikan oleh X Corp., 1355 Market St, Suite 900, San Francisco, CA 94103, USA. Untuk gambaran keseluruhan mengenai pemalam X-buttons dan rupanya, sila layari: https://developer.x.com/en/docs/twitter-for-websites
- YouTube di dalam EU dikendalikan oleh Google Ireland Limited, Gordon House, Barrow Street, Dublin 4, Ireland. Untuk gambaran keseluruhan mengenai pemalam Youtube, sila layari: https://developers.google.com/youtube/documentation
- Instagram di dalam EU dikendalikan oleh Meta Platforms Ireland Limited, 4 Grand Canal Square, Dublin 2, Ireland. Untuk gambaran keseluruhan mengenai pemalam Instagram dan rupanya, sila layari: https://developers.facebook.com/docs/instagram
- LinkedIn dikendalikan oleh LinkedIn Ireland Unlimited Company, Wilton Place, Dublin 2, Ireland. Untuk gambaran keseluruhan mengenai pemalam Link dan rupanya, sila layari: https://developer.linkedin.com/plugins#
Untuk meningkatkan perlindungan terhadap data anda semasa melawati laman web kami, pemalam ini dilaksanakan sebagai “butang 2-klik.” Bentuk integrasi ini memastikan bahawa apabila anda mengakses mana-mana halaman dalam laman web kami yang mengandungi pemalam sedemikian, sambungan kepada pelayan pembekal tidak akan berlaku secara automatik. Hanya apabila anda mengaktifkan pemalam tersebut, pelayar anda akan memulakan pemindahan data kepada pelayan pembekal. Kandungan pemalam yang berkenaan kemudiannya dihantar secara langsung oleh pembekal kepada pelayar anda dan dipaparkan pada skrin anda.
Alat media sosial tersebut akan memaklumkan kepada pembekal mengenai laman web yang telah anda lawati sebelum ini, alamat IP anda, maklumat pelayar anda serta tarikh dan masa permintaan pelayan. Sekiranya anda menggunakan sebarang fungsi media sosial (contohnya, dengan mengklik butang “Kongsi” atau meninggalkan komen), maklumat ini juga akan dihantar secara langsung oleh pelayar kepada pembekal untuk maksud penyimpanan. Pembekal tersebut boleh menggunakan data anda untuk maksud-maksud mereka sendiri seperti analisis, pemasaran, pemprofilan dan pengaitan data anda dengan data lain yang dikumpulkan mengenai anda (seperti melalui akaun pengguna anda dengan pembekal berkenaan) walaupun anda tidak log masuk ke akaun media sosial anda.
Sila ambil perhatian: Pembekal mungkin memproses data tersebut di negara-negara di luar EU/EEA serta tidak menyediakan tahap perlindungan data yang mencukupi, termasuk U.S. sekiranya pembekal tidak mengambil bahagian dalam EU-U.S. Data Privacy Framework.
Kami memproses dan menggunakan data anda (jika berkenaan, termasuk sebarang pemindahan data secara langsung daripada Henkel kepada pembekal yang terletak di luar EU/EEA) berdasarkan Art. 6 para. 1 lit. b atau lit. f GDPR, kerana ia adalah perlu untuk menyediakan fungsi ini kepada anda setelah anda memilih untuk berinteraksi dengan pemalam media sosial yang dilaksanakan pada laman web ini.
Maklumat lanjut mengenai pengumpulan dan penggunaan data oleh pembekal, khususnya berkenaan dengan langkah-langkah yang dilaksanakan oleh pembekal mengenai pemindahan data peribadi ke luar EU/EEA, serta mengenai hak dan pilihan yang tersedia kepada anda untuk melindungi privasi anda dalam keadaan sedemikian boleh didapati dalam dasar perlindungan data / privasi pembekal tersebut:
- Facebook: http://www.facebook.com/policy.php
- X (Twitter): https://x.com/en/privacy
- Google (YouTube): https://policies.google.com/privacy
- Instagram: https://help.instagram.com/155833707900388/
- LinkedIn: https://www.linkedin.com/legal/privacy-policy
6 Pemprosesan untuk penubuhan, pelaksanaan atau pembelaan tuntutan undang-undang dan dalam kes penggabungan atau pengambilalihan
Sejauh mana perlu dalam kes-kes tertentu, kami juga akan memproses data tentang anda yang dinyatakan dalam pernyataan perlindungan data ini bagi maksud untuk menubuhkan dan melaksanakan tuntutan undang-undang, mempertahankan diri daripada tuntutan undang-undang serta setakat mana perlu berhubung dengan transaksi korporat, contohnya jika sebahagian daripada syarikat akan dijual. Pemprosesan untuk maksud / kepentingan sah ini dilakukan berdasarkan Art. 6 para. 1 lit. b dan lit. f GDPR.
Melainkan jika anda telah memberikan persetujuan untuk tempoh penyimpanan yang lebih lama, kami tidak akan menyimpan data lebih lama daripada yang diperlukan untuk memenuhi maksud-maksud yang dinyatakan di atas atau sekiranya untuk memenuhi sebarang obligasi undang-undang sedia ada untuk menyimpan data.
7 Hak Subjek Data Anda
Pada bila-bila masa, anda boleh menegaskan hak untuk mengakses data anda. Selain itu, dengan syarat keperluan masing-masing dipenuhi, anda boleh menegaskan hak-hak berikut:
- Hak untuk pembetulan: Anda mempunyai hak untuk membetulkan data peribadi yang palsu mengenai anda.
- Hak untuk pemadaman: Anda juga boleh meminta pemadaman data peribadi anda, contohnya jika data anda tidak lagi diperlukan untuk maksud-maksud ia dikumpulkan atau diproseskan.
- Hak untuk mengehadkan pemprosesan: Anda juga mempunyai hak untuk meminta pemprosesan data peribadi anda dihadkan; dalam kes sedemikian, data akan disekat daripada sebarang pemprosesan. Hak ini wujud khususnya jika ketepatan data peribadi antara anda dan kami dibahaskan.
- Hak untuk membuat aduan dengan pihak berkuasa penyeliaan perlindungan data: Anda juga mempunyai hak untuk memfailkan aduan pada bila-bila masa dengan pihak berkuasa penyeliaan, khususnya pihak berkuasa penyeliaan di Negara Anggota tempat anda tinggal, bekerja atau tempat pelanggaran yang didakwa, jika anda percaya bahawa pemprosesan data peribadi mengenai anda melanggar undang-undang perlindungan data yang berkenaan.
- Hak untuk kemudahalihan data: Jika kami memproses data peribadi anda untuk melaksanakan kontrak dengan anda atau berdasarkan persetujuan anda, anda juga mempunyai hak untuk menerima data peribadi anda dalam format berstruktur, lazim digunakan dan boleh dibaca oleh mesin, dengan syarat dan setakat mana anda data tersebut telah anda berikan kepada kami.
- Hak untuk menarik balik persetujuan: jika anda telah memberikan persetujuan kepada kami untuk memproses data peribadi anda, anda mempunyai hak untuk menarik balik sebarang persetujuan tersebut dengan kesan pada masa hadapan pada bila-bila masa. Penarikan balik persetujuan tidak akan menjejaskan kesahihan pemprosesan berdasarkan persetujuan sebelum penarikan baliknya.
Hak untuk membantah
Sekiranya aktiviti pemprosesan yang melibatkan data peribadi anda dijalankan berdasarkan kepentingan sah Henkel atau pihak ketiga, anda mempunyai hak untuk membantah pemprosesan data peribadi anda pada bila-bila masa atas sebab-sebab yang berpunca daripada situasi khusus anda. Henkel akan menghentikan pemprosesan itu kecuali Henkel dapat membuktikan sebab-sebab penting untuk pemprosesan tersebut yang wajar dilindungi dan mengatasi kepentingan, hak dan kebebasan anda atau jika pemprosesan berfungsi untuk menegaskan, melaksanakan atau mempertahankan tuntutan undang-undang.
Selain itu, anda mempunyai hak untuk membantah pada bila-bila masa terhadap pemprosesan data peribadi anda untuk maksud pemasaran langsung selaras dengan Art. 21 para. 2 GDPR.
Dalam kes-kes ini, atau jika anda mempunyai sebarang soalan lain (contohnya, mengenai perjanjian pemprosesan data di bawah pengawalan bersama dengan syarikat-syarikat lain) atau permintaan berkaitan dengan data peribadi anda, sila hantar emel atau surat menggunakan butiran hubungan yang dinyatakan di atas.
Selepas menjawab pertanyaan anda, kami memadamkan pertanyaan anda dalam tempoh tiga tahun selepas akhir tahun kalendar masing-masing.
8 Butiran hubungan pegawai perlindungan data
Anda boleh menghubungi Pegawai Perlindungan Data kami melalui pos di Data Protection Officer, Henkel (Malaysia) Sdn. Bhd. di Unit 2.01, 2.02, Level 2, Mercu 3, Jalan Bangsar, KL Eco City, 59200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia atau melalui emel di kenny.yong@henkel.com